Selasa, 24 Januari 2017

MAKANAN RUJI PUNCA SEGALA PENYAKIT / STAPLE FOOD SOURCE OF ALL DESEASE

Penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung sebenarnya berpunca daripada gula. Gula yang dimaksudkan bukanlah hasil dari kita minum air bergula secara langsung tetapi ia juga dari makanan berkarbohidrat terutamanya NASI selain manisan kek, ais krim dan kuih-muih.

Di Malaysia, penggunaan gula adalah sangat tinggi dalam proses penyediaan makanan yang secara langsung akan menyebabkan penyakit - penyakit kronik tersebut berlaku dan ini secara senyap-senyap menjadi "pembunuh" Rakyat Malaysia hasil dari penyakit yang dihidapi.

Bagaimana gula merosakkan badan?
Gula diambil akan memasuki aliran darah yang kemudiannya akan menyebabkan pankreas melepaskan insulin (insulin diperlukan untuk mengubah gula menjadi tenaga). Apabila sejumlah besar gula diambil lebih banyak insulin dikeluarkan, sekali gus menyebabkan kita mengalami kejutan tenaga yang tinggi.Apabila insulin tinggi dilepaskan, kadar gula darah mulai berkurangan dengan mendadak sehingga timbul tanda-tanda kekurangan gula seperti keletihan, kurang tumpuan dan pening sejurus mengambil makanan manis.Selain mengubah gula menjadi tenaga, insulin juga merangsang penyimpanan lemak. Lebih banyak insulin dihasilkan, lebih banyak lemak terkumpul. Selain menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi, gula juga dikaitkan dengan masalah kesihatan serius seperti kerosakan fungsi hati, penurunan sistem imuniti badan dan diabetes.Gula putih terdiri daripada sukrosa iaitu gabungan glukosa dan fruktosa. Berbanding glukosa, fruktosa akan menyebabkan toksiditi meningkat lebih tinggi. Walaupun dengan sejumlah kecil kalori, kesan negatif lebih kelihatan. 

Selain penghasilan lemak yang tinggi, ia juga menyebabkan penurunan enzim badan iaitu nitric oksida.Enzim nitric oksida diperlukan oleh badan untuk mengekalkan tekanan darah pada tahap normal. Enzim itu juga diperlukan dalam proses pemulihan tisu-tisu dalaman, dan jika ia berkurangan akibat fruktosa tinggi di dalam badan, maka tekanan darah akan meningkat dan boleh menyebabkan serangan strok. Gula juga menjurus kepada perkembangan ‘sindrom metabolik’ (penyakit metabolik kronik) yang disebabkan obesiti dan kemudiannya meningkatkan risiko menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. 

Kurangkan  pengambilan gula, gantikan dengan manisan asli seperti madu dalam pemakanan harian.

" Akhir sekali, elakkanlah pengambilan nasi yang banyak walaupun nasi makanan ruji kita. Makanlah sekadar perlu. HERBA MUJARAB menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Amalkan juga untuk kesihatan di masa hadapan. Begitulah khasiat yang diberikan ALLAH SWT kepada HERBA MUJARAB ini ".

Semoga dapat manfaat. ALLAH SWT jualah penyembuh segala penyakit. 


ENGLISH TRANSLATIONS:


Chronic diseases such as diabetes, hypertension and heart stems from sugar. Sugar is not the result of our drinking sugared water directly but also from non-carbohydrate foods, especially  Rice, sweet cakes, ice cream and cakes.

In Malaysia, the consumption of sugar is very high in the food preparation process which would directly cause the disease - a chronic disease that occurs and is quietly becoming a "killer" Malaysians result of illness.

How sugar damage the body?
Sugar will be taken into the bloodstream, which in turn will cause the pancreas to release insulin (insulin is needed to convert sugar into energy). When a large amount of sugar taken more insulin released, thus causing us to experience the shock of higher energy. When released insulin, blood sugar levels begin to decline sharply causing signs of a shortage of sugar such as fatigue, lack of concentration and dizziness shortly take sweets . In convert sugar into energy, insulin also stimulate fat storage. More insulin is produced, the more fat accumulated. In addition to causing obesity and tooth decay, sugar has also been linked to serious health problems such as liver damage, decreased immunity and white diabetes. Sugar comprises a combination of sucrose, glucose and fructose. Compared to glucose, fructose will cause higher toksiditi. Even with a small amount of calories, the negative effects are more visible.

In addition to the production of high fat, it also causes a decrease in the body enzyme nitric oxide nitric oksida. Enzim needed by the body to maintain normal blood pressure levels. The enzyme is also needed in the process of recovery of internal tissues, and if it decreases due to fructose in the body, the blood pressure increases and can cause a stroke. Sugar also lead to the development of the 'metabolic syndrome' (a chronic metabolic disease) caused obesity and subsequently increase the risk of suffering from high blood pressure, diabetes and heart disease.

Reduce your intake of sugar, replace with original sweets such as honey in the daily diet.

"Finally, avoid making a lot of rice, although rice is our staple food. Eat of true need. EFFECTIVE HERBS cure various diseases. Adopt also for the health of the future. That nourishment given to GOD Almighty EFFECTIVE HERBS this".


We hope to benefit. Almighty GOD belongs healer of all diseases.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan